Wednesday, May 26, 2010

Eksperimentasi





*photopainting*
cara: HDR, blur, opacity 50%, erase, unsharp mask. desaturate a bit~

Tuesday, May 18, 2010

Hari ini Sejarah, Esok?



Alhamdulillah, syukur pada yg Esa.
tak sangka masa detik begitu cepat berlalu. aku tengok dia penuh dengan wayar berselirat di badan. tunggu masa.. tunggu.. aku sedih, sebak suddenly air mata mencurah curah  tak sanggup aku tgk dia menderita macam tu. aku sempat renung mata dia. dia renung mata aku. keadaan di ruang menunggu begitu menyempitkan. ya aku menangis.


.muncul.selamat.datang.

Sunday, May 16, 2010

Sehari Sebelom Bekerja


takde ape untuk hari ni, cuma letih. pagi tadi rushing ke rumah kawan buat kerja. PC aku rosak, dem~ semalam dapat projek dari sekolah nk shoot gambar. diskus punya diskus, jumaat sabtu  minggu ni kene amik cuti sbb nk shoot skolah time tu. semalam juga dapat projek buat TVC. pc plak problem, demm terpaksa pinjam PC mmber aku, thanks Keon. ko memang sahabat sejati dunia akhirat. harap ko masuk Islam..

.totoday.

Saturday, May 8, 2010

Happy Hari Mama Sedunia


ada apa dengan nombor 9? aku nak cerita sikit pasal 9. 9 bulan penuh dengan teriakan, menitiskan air mata, 9 bulan penuh dengan kekurangan tidur,  terjaga malam, 9 bulan penuh dengan masalah kesihatan, kekejangan kaki, 9 bulan penuh dengan keletihan, kelesuan.. tapi itulah ibu, tiap- tiap malam mengusap perutnya yg ada nyawa. mengusap perutnya yang bergerak gerak kerana ada insan didalamnya. 9 bulan mengusap perut tanda kasih mesra pada anaknya. tiap tiap malam sentiasa berborak dengan anak didalam perutnya. tak sabar menanti anaknya keluar agar dapat dia curahkan kasih sayang dan bermanja. ibu, begitu kasih dan cinta pada anak. setiap hari memanggil manggil anaknya untuk bermain bersama. dalam masa 9 bulan membawa nyawa seberat 3 kilo di dalam perut dan setiap hari tak kira masa, bekerja, makan, mandi, berehat, berjalan dan sebagainya. tiada hadiah tiada kata kata, tiada harta, tiada ungkapan yang dapat membalas jasa seorang ibu.

hari ni balik rumah sila berjumpa dengan ibu anda, bukan memberi ucapan "selamat hari ibu" bukan memberi hadiah, bukan kucupan tapi lihat perut ibu kamu. Usapkanlah perlahan lahan perut ibu kamu kerana di situlah tempat tinggal kamu sebelum kamu keluar ke muka bumi ini.

.amonth.